Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Firma udang kaut RM55j dengan tuntutan berganda - PAC
Diterbitkan:  Mar 21, 2017 5:25 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Syarikat tempatan menjana lebih RM55 juta menerusi tuntutan berganda ke atas projek ternakan udang yang sama, dedah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Hannan Corporation Sdn. Bhd. (HCSB) memperoleh pembiayaian dua projek akuakultur di Kerian, Perak daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Ladang-ladang ternakan udang tersebut, masing-masing dikenali sebagai Kompleks Akuakultur Selinsing (KAS) dan Kompleks Akuakultur Pulau Gula (KAPG).

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, HCSB telah memaklumkan kepada NCIA bahawa kos projeknya adalah RM150 juta dan menyertai kontrak pada bulan Januari 2011.

Kemudian, pada Oktober 2011, syarikat itu memeterai perjanjian dengan NKEA dengan menyatakan projek-projek tersebut menelan belanja RM353 juta.

"Didapati syarikat itu membuat tuntutan untuk beberapa komponen yang sama dari NCIA dan NKEA," kata Hasan dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehingga kini, jelas beliau, HCSB telah menerima sejumlah RM25 juta daripada NCIA dan RM31 juta daripada NKEA.

Bagaimanapun, kata Hasan, syarikat itu tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman yang berkaitan dengan industri perikanan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS