Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gas pemadam api bocor, JPN Putrajaya tergendala
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 11:01 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dihentikan buat sementara waktu kerana berlaku kebocoran gas pemadam api di aras 6, bangunan JPN.

Jabatan itu dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian disedari pada pukul 8.45 pagi dan semua anggota JPN serta pelanggan telah diarah mengosongkan bangunan tersebut.

"Laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dibuat.

"Bomba telah menyiasat tempat kejadian dan urusan JPN akan dibuka semula bergantung kepada nasihat bomba," tambah kenyataan itu..

Sementara itu, jurucakap JPN berkata perkhidmatan JPN di Putrajaya kembali beroperasi seperti biasa jam 9.45 pagi ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS