Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Filipina selamatkan 2 rakyat Malaysia dari Abu Sayyaf
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 2:19 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

GLOBAL Tentera Filipina telah menyelamatkan dua rakyat Malaysia yang ditahan kira-kira lapan bulan oleh pasukan bersenjata Abu Sayyaf.

Tayudin Anjut, 45, dan Abdurahim Sumas, 62, diselamatkan di perairan pulau Pata di selatan Sulu, kata Mejer Jeneral Carlito Galvez Jr, komander untuk kawasan barat Mindanao.

Mangsa antara lima anak kapal bot tunda yang dirampas kumpulan pengganas pada Julai lalu di Sabah.

Keadaan mereka lemah ketika diselamatkan, kata Galvez lagi, seperti dilaporkan Reuters

“Ketika kita sedang berbual ini doktor tentera sedang menemui mereka,” katanya.

Abu Sayyaf berpangkalan di selatan negara Roman Katolik Filipina. Sekutu IS itu dikenali dengan kegiatan penculikan, pembunuhan dan pengeboman.

Dipercayai mereka tidak akan membebaskan tahanan jika wang tebusan tidak diberikan.

Awal bulan ini Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah meminta bantuan daripada negeri-negeri majoriti Islam untuk menangani kegiatan militan.

Duterte mengancam menguatkuasakan undang-undang tentera jika masalah itu tidak ditangani.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS