Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Tan Sri Annuar Musa hari ini menegaskan bahawa, beliau bukan digantung sebaliknya “direhatkan” sementara daripada tugasnya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

"Istilah yang salah sentiasa digunakan, masih (ada yang) guna penggantungan.

"Saya direhatkan daripada tugas rasmi. Itu ayat tepat, timbul di media kata saya dipecat dan dalam parlimen orang terbawa-bawa (gelaran dipecat)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Selain itu, ketika ditanya tentang perkembangan siasatan berkaitan MARA, anggota parlimen Ketereh itu berkata beliau tidak mengetahui tentang perkara berkenaan.

"Sejauh mana penyiasatan, saya tak boleh menjawab setakar ini. Saya tak pernah dipanggil.

"Sehingga hari ini belum pernah dipanggil oleh sesiapa," katanya.

Annuar direhatkan selepas didakwa menyalah guna kedudukan dalam kes penajaan MARA terhadap pasukan bola sepak Kelantan.

Lihat Komen
ADS