Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dituduh 'pengecut': Rahman Dahlan bidas Guan Eng
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 4:14 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan segera menjawab tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menuduh beliau menjadi pengecut.

Dalam tweetnya, Abdul Rahman menjelaskan sebab-musabab debat yang dirancang bersama pemimpin DAP itu dan turut menyentuh mengenai kes rasuah membabitkan Lim.

"Debat yang dirancang itu dihentikan pada nasihat PDRM (polis). Tindakan itu menunjukkan ia adalah keputusan yang tepat. Tidak lama kemudian, Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah," katanya.

Tambahan pula, beliau menegaskan, tidak seperti Lim, topik-topik perbahasan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak berada dalam siasatan polis.

"Saya tidak boleh percaya Lim tidak faham perbezaan penting ini," jelasnya.

Awal hari ini, Lim membidas Abdul Rahman sebagai 'pengecut' sambil memberi gelaran 'pahlawan' kepada Nazri kerana menyahut cabaran debat bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim berkata, beliau pernah meninjau peluang untuk berdebat dengan Abdul Rahman yang ketika itu menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan mengenai penjualan sebidang tanah di Taman Manggis oleh kerajaan negeri.

Pada bulan April tahun lepas, Abdul Rahman mencabar Lim untuk berdebat di khalayak umum mengenai isu itu, tetapi pihak polis menyekat penganjurannya atas alasan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Abdul Rahman tidak meneruskan debat tersebut dan sebaliknya, menggesa Lim untuk menyaman beliau kerana mendakwa terdapat salah laku dalam penjualan tanah itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS