Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seramai 663,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan jumlah RM4.7 bilion setakat 31 Januari 2017.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, keadaan itu menyebabkan kerajaan menanggung beban hutang yang tinggi sekali gus melewatkan bayaran kepada peminjam sedia ada.

Menurutnya, daripada RM48.7 bilion yang diagihkan kepada peminjam sejak PTPTN ditubuhkan pada 1997, badan itu hanya berjaya mengutip RM10.8 bilion daripada RM18.8 bilion yang sepatutnya diperolehi.

Akibatnya, PTPTN terpaksa menyenaraihitamkan sebilangan jumlah peminjam yang gagal membuat bayaran balik dalam tempoh 100 bulan.

"Kita tidak ada pilihan selain (mengambil) tindakan tersebut supaya aliran wang dapat berjalan dengan betul.

"Daripada 663,000 yang tidak membuat pembayaran langsung hanya 19 peratus sahaja disenaraikan kerana tunggakan terlalu banyak," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur selepas melancarkan kempen #BolehBincang kepada peminjam PTPTN hari ini.

Katanya kempen berkenaan bertujuan memaklumkan kepada 2.6 juta peminjam PTPTN bahawa pembiaya pendidikan utama negara itu sentiasa terbuka dalam memberi ruang kepada mereka menyelesaikan tunggakan pinjaman.

Jelas Shamsul, melalui kempen itu peminjam boleh berunding dengan pihak PTPTN melalui pelbagai saluran termasuk menukar sistem pinjaman konvesional kepada sistem ujrah.

"PTPTN prihatin dan menyedari bahawa terdapat peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman tetapi khuatir tiada jalan penyelesaian.

"Usaha ini boleh menepis persepsi rakyat supaya tidak lagi melihat perbadanan ini sebagai pihak yang hanya tahu bagi pinjam dan kutip duit tetapi kita nak ia dilihat sebagai sebuah badan pembiayai dalam negara," katanya.

Awal tahun lalu PTPTN berjaya meningkatkan jumlah bayaran balik sebanyak RM3.4 bilion. Mengulas lanjut, Shamsul berkata pihaknya turut mensasarkan jumlah kutipan ditingkatkan kepada RM4 bilion pada tahun 2017.

PTPTN sebelum ini dilapor membuka kaunter perkhidmatan 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan peminjam disenarai hitam ke luar negara, menjelaskan pinjaman mereka.

Pada Mac 2016 sebanyak 753,000 bekas pelajar dan juga peminjam PTPTN dilaporkan tidak pernah membayar sesen pun jumlah pinjaman yang diperolehi mereka

Lihat Komen
ADS