Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Penjawat awam di negeri pembangkang turut layak mohon PPA1M
Diterbitkan:  Mar 25, 2017 6:02 AM
Dikemaskini: 10:13 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang turut layak memohon untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Perdana menteri berkata harga rumah PPA1M yang harganya kurang daripada RM300,000 dan lebih rendah daripada harga pasaran itu adalah bagi membantu penjawat awam di seluruh negara.

"Bukan itu sahaja penjawat awam yang bekerja di negeri pembangkang pun layak mohon. Ini bukti kerajaan tetap hulur bantuan tak kira fahaman politik," katanya dalam entri blognya www.najibrazak.com.

Beliau turut menjelaskan beberapa program perumahan lain yang diusahakan kerajaan bagi 'memenuhi impian dan kehendak rakyat'.

Najib berkata Program Perumahan Rakyat (PPR) diusahakan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak rakyat kategori B40, iaitu golongan berpendapatan rendah.

"Ia boleh dimiliki dengan harga yang rendah iaitu RM35 ribu seunit di Semenanjung, dan RM42 ribu seunit di Sabah dan Sarawak.

Malah, kerajaan juga menyediakan PPR untuk disewa pada kadar RM124 sebulan sahaja," katanya.

Di samping itu satu skim baru, skim sewa-beli telahpun diperkenalkan yang mana pada peringkat awal rumah itu disewa dan kemudian dapat dimiliki oleh penghuni yang berkenaan, katanya.

Manakala, bagi rumah PR1MA, ia adalah untuk rakyat kategori M40 iaitu berpendapatan sederhana, terletak di lokasi-lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar ataupun pinggir bandar dengan harga antara RM150,000 hingga RM400,000 seunit.

"Rumah-rumah tersebut dijual pada harga tidak kurang 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS