Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PRU14: Kit Siang terbuka tanding di 'kerusi strategik' lain
Diterbitkan:  Mar 25, 2017 12:24 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Lim Kit Siang berkata pemimpin DAP Kedah di Alor Star semalam mencadangkan pemimpin pembangkang yang sudah lama berkhidmat supaya bertanding di Kedah dalam pilihan raya umum ke-14.

"Jika saya bertanding dalam PRU14, pilihan pertama saya adalah Gelang Patah.

"Tetapi jika ada alasan strategik yang saya perlu bertanding di kawasan lain, saya bersedia untuk mempertimbangkannya secara serius," kata Lim dalam satu kenyataan selepas membuat tinjauan mesra di Kangkar Pulai, Johor pagi ini.

Lim bagaimanapun berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan untuk bersara.

"Saya berterima kasih kepada pemimpin DAP Kedah atas keyakinan dan tawaran mereka.

"Saya telah bergelut dengan persoalan sama ada saya perlu bersara kerana saya telah berada dalam politik Malaysia selama 51 tahun, sejak penubuhan DAP pada tahun 1966," katanya.

Lim, yang juga bekas ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak, berpindah untuk bertanding di Johor dalam pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada usaha parti itu untuk menembusi kubu kuat Umno.

Beliau memenangi kerusi Gelang Patah dengan majoriti 14,762 undi, menewaskan calon Umno Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Sebelum itu, kerusi tersebut disandang oleh Tan Ah Eng dari MCA.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS