Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP: Penganjur debat Nazri - Dr M belum maklumkan polis

Penganjur debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz masih belum memaklumkan pihak polis mengenai acara itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Sudah tentu, (mereka perlu menghantar notis kepada polis)," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-210 di Pulapol, Kuala Lumpur.

Beliau ditanya sama ada polis akan membenarkan debat itu yang telah ditangguhkan sehingga 7 April dan sekiranya ia menimbulkan kebimbangan mengenai isu keselamatan.

Khalid juga menolak pandangan Nazri bahawa Malaysia adalah sebuah negara polis.

"Negara polis apa? Adakah anda rasa kebebasan kamu sedang disekat? Adakah kamu rasa mana-mana kamu pergi, kamu perlu polis untuk memberikan perintah?

"Adakah kamu rasa apabila kamu berjalan dalam bandar, kamu perlukan polis berada di sekeliling kamu sepanjang masa?

"Itu adalah komen-komen politik," katanya.

Nazri sebelum ini menyelar pihak polis kerana menghalang perdebatan yang pada asalnya dijadualkan pada 25 Mac.

“Saya tak faham kenapa pihak polis menolak hak saya. Dia kata ada beberapa (alasan)

“Sejak bila kita jadi negara polis? Sejak bila hak individu boleh dihalang oleh orang lain,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS