Paling Popular
Terkini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa tiada lagi ejen saraf VX seperti yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam, di negara ini.

"Kita akan tahu jika ada (lagi)," katanya pada sidang media selepas menghadiri program sambutan Hari Polis ke-210, hari ini.

Polis dalam laporan awal mendapati Jong-nam dibunuh oleh ejen saraf VX, yang diklasifikasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

Sementara itu, Khalid mengakui suspek pembunuhan Jong-nam masih berada di kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, tetapi polis tidak akan melanggar mana-mana protokol antarabangsa dan peraturan untuk masuk bagi mendapatkan mereka.

"Tak apa, kita ada banyak lagi masa," katanya sambil menambah bahawa kedutaan Korea Utara masih belum memberi respon terhadap permintaan Malaysia untuk menyerahkan suspek kepada polis.

Khalid turut ditanya mengenai mesej yang cuba dihantar suspek ketika mereka ditangkap bermain snooker seperti dirakam dalam sebuah video berdurasi satu minit yang disiarkan oleh sebuah stesen TV Jepun.

"Tak apa, mereka boleh hantar apa sahaja mesej yang mereka suka, saya telah menyampaikan mesej saya kepada mereka," jawab beliau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS