Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sistem pertahanan siber negara beroperasi Oktober ini

Sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dibangunkan sejak dua tahun lalu, sistem yang akan menjadi antara yang terbaik di Asia Tenggara itu bakal meningkatkan lagi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman siber, katanya.

Hishammuddin berkata kecekapan sistem itu teruji apabila berjaya mematahkan beberapa serangan siber ketika masih dalam proses pembangunan.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai serangan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50): Masa Depan Pertahanan Negara, di Langkawi hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata kementeriannya sedang memperhalusi satu skim pencen untuk kira-kira 176,000 anggota tentera yang telah bersara namun tidak menerima pencen.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan skim baharu itu semasa pelancaran sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Mengenai dialog itu, beliau berkata peserta memberikan input yang bernas dan kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian

Belia dan Sukan untuk memuktamadkan aspirasi TN50 dalam aspek pertahanan negara.

Dialog yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin itu
melibatkan kira-kira 600 peserta merangkumi pelajar universiti, kepimpinan belia dan alumni Program Latihan Khidmat Negara.
-Bernama

Lihat Komen
ADS