Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sultan Johor titah SPRM mengadap baginda
Diterbitkan:  Mar 25, 2017 10:37 PM
Dikemaskini: 2:47 PM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berkata baginda bersedia untuk mendedahkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung percubaan pihak tertentu untuk membeli darjah kebesaran daripada baginda.

"Saya mahu SPRM datang mengadap saya segera supaya perkara ini dapat disiasat," kata baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook baginda hari ini.

Sultan Johor dalam titahnya berkata anugerah atau darjah kebesaran Johor bukan untuk dijual beli.

"Ini Johor, kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli anugerah dan gelaran dengan wang ringgit," titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam satu temu bual pada Rabu mendakwa terdapat ejen cuba melobi baginda untuk membeli darjah kebesaran sehingga mencecah harga RM2 juta.

"Bila dah dekat hari keputeraan saya, macam-macam ejen datang nak jual Datuk Johor. Ada juga yang boleh percaya darjah Johor ini boleh dijual beli.

"Saya cakap dengan ejen ini, saya tak nak namakan dia nanti dia malu, saya kata berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah," titah baginda.

Lihat Komen
ADS