Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersara: Rahman Dahlan patut cadang Najib, bukan Kit Siang
Diterbitkan:  Mar 26, 2017 1:42 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Ahli-ahli akar umbi DAP secara konsisten mengundi Lim Kit Siang ke dalam jawatankuasa eksekutif pusat parti (CEC), yang membuktikan beliau kekal relevan kepada parti, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Kok berkata, walaupun pada usia 76 tahun dan selepas 51 tahun berkecimpung dalam politik, pemilihan Kit Siang untuk menganggotai CEC membuktikan bahawa beliau masih mempunyai sokongan kuat.

Pada masa yang sama, beliau menambah, Kit Siang terus menjadi penceramah yang paling digemari oleh penganjur acara DAP di seluruh negara.

"Semalam, Menteri Umno (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan menggesa Kit Siang untuk bersara daripada politik, mendakwa terdapat ahli-ahli akar umbi DAP yang mahu perubahan dalam kepimpinan parti mereka.

"Beliau mendakwa Kit Siang perlu bersara selepas 51 tahun dalam politik kerana ahli DAP mahu seorang pemimpin yang lebih progresif dan sederhana.

"Abdul Rahman sedang mengarut kerana apa yang beliau katakan tidak berasas dan semata-mata propaganda Umno," kata Kok dalam kenyataan.

Semalam, Rahman Dahlan yang merupakan pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya Kit Siang agar bersara dan memberi peluang kepada muka baharu seperti yang diingini oleh kalangan anggota akar umbi parti itu.

Menurut beliau yang juga anggota majlis tertinggi Umno, berbanding dengan parti-parti politik lain yang telah melakukan transformasi, DAP masih lagi enggan melaksanakan peralihan kuasa kepada pemimpin muda.

"Mungkin juga kepemimpinan inilah yang menyebabkan DAP tak boleh menang pilihan raya umum.

"Ramai pemimpin DAP tidak berani bercakap di luar (mengenai perkara ini) dan mereka akan berterima kasih kepada saya dan rakan-rakan dalam BN yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya Kit Siang bersara," kata beliau.

Abdul Rahman berkata demikian sebagai mengulas hasrat Kit Siang yang merupakan anggota Parlimen Gelang Patah untuk mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya beliau tidak bersara.

Mengulas lanjut, kata Kok, Kit Siang bukan lagi menjadi setiausaha agung DAP - kedudukan tertinggi parti itu yang disandang selama 30 tahun dan melepaskan pada tahun 1999.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS