Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Petronas pertahan usahasama RM31b dengan Saudi Aramco
Diterbitkan:  Mar 27, 2017 9:48 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Berikutan kebimbangan dibangkitkan berhubung dakwaan percubaan mensabotaj ekonomi negara, Petronas mempertahankan keputusannya meneruskan perjanjian bernilai RM31 bilion dengan Saudi Aramco bagi projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Malay Mail memetik Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Md. Arif Mahmood sebagai berkata bahawa ia "tidak pernah dipaksa dalam usahasama" itu dan sentiasa mengintai rakan kongsi seperti Aramco.

“Bagaimana kami boleh dipaksa pula? Kami memang mencari rakan kongsi untuk melengkapkan projek.

"Kami tidak menjual Rapid seperti yang dilaporkan. Ia adalah satu perkongsian 50-50," Md Arif dilaporkan sebagai berkata dalam satu temubual.

Projek Rapid merupakan sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), yang dianggarkan mencecah kos sebanyak AS$ 27 bilion.

"Kami sedang mencari rakan kongsi untuk melabur dan bersama melabur. Menjual dan pelaburan bersama adalah sangat berbeza," katanya.

Md Arif juga berkata tidak ramai yang sedar bahawa perbincangan antara Petronas dan Aramco telah berterusan sejak 2014.

"Perbincangan dengan Arab Saudi mengambil masa lebih daripada dua setengah tahun. Mereka melihat usaha yang wajar akan peluang pelaburan.

"Ia bukannya hari ini kita memutuskan untuk bekerjasama dengan Aramco," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS