Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hakim tangguh keputusan kes Zunar cabar larangan perjalanan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan keputusannya berhubung permohonan kartunis politik Zunar untuk mencabar larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya kepada 14 April.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, dihalang daripada berlepas ke Singapura oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Pada Disember 2016, beliau memohon semakan kehakiman untuk mencabar larangan perjalanan itu atas alasan ia melanggar hak perlembagaannya untuk bergerak bebas.

Beliau diwakili oleh peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ul-Haque, menamakan Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri dan polis dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Disember.

Ini susulan selepas beliau  dilarang menaiki penerbangan ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3 petang, 17 Oktober lalu untuk menghadiri satu forum di Universiti Kebangsaan Singapura.

 Zunar, 55, memohon perintah certiorari untuk membatalkan arahan sekatan perjalanan oleh responden terhadapnya yang dimaklumkan secara lisan pada 17 Okt 2016.

Beliau memohon perintah deklarasi bahawa sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia terbatal, tidak sah dan tidak berperlembagaan, selain memohon perintah dari mahkamah untuk mengarahkan semua responden membenarkannya ke luar negara tanpa sekatan.

Kartunis itu berkata larangan perjalanan berkenaan melanggar hak perlembagaan di bawah Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (hak kepada persamaan) dan Perkara 9 (hak untuk bergerak).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS