Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua pelawa menteri hentam pengkritik utama 1MDB
Diterbitkan:  Mar 27, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Ahli Parlimen DAP Tony Pua mempelawa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani untuk menyertai makan malam mengumpul dana parti itu, dan mengemukakan hujahnya membela isu skandal 1MDB.

Beliau berkata penceramah lain yang bakal hadir pada majlis 6 Mei itu adalah Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

"Menteri itu mempunyai peluang untuk melenyapkan kami semua," katanya dalam satu kenyataan media.

Minggu lalu, Johari mengutus surat terbuka kepada Pua menggesanya untuk menghentikan serangan berterusan ke atas 1MDB.

Beliau juga berkata pengundi Petaling Jaya Utara mengundi Pua untuk melakukan kerja yang sewajarnya dan bukannya taksub terhadap 1MDB.

Pua berkata Johari akan diberi sejam untuk bercakap tanpa gangguan kepada penyokongnya pada majlis makan malam itu.

"Tidak akan ada peluang lebih baik untuk menteri itu berbuat demikian daripada di hadapan 300 orang yang dijangkakan membeli meja makan malam itu.

"Menteri itu bebas mengemukakan hujahnya, seperti dalam surat terbuka beliau.

"Kemudian menteri itu boleh meminta pengundi Petaling Jaya Utara secara langsung, sama ada mereka memilihnya sebagai ahli parlimen mereka untuk melakukan kerja sewajarnya daripada hanya menjadi taksub dengan 1MDB," katanya.

Pua berkata tidak ada menteri BN akan sanggup mempelawanya untuk menghadiri acara-acara rasmi mereka untuk menjelaskan isu-isu mengenai 1MDB.

"Bagaimanapun, mungkin kerana kebodohan, saya memberi peluang terbaik kepada Umno-BN untuk menandatangani waran mati politik saya.

"Persoalannya, adakah Johari mempunyai keberanian dan keyakinan dalam mempertahankan 1MDB untuk menerima cabaran itu?" soal beliau.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS