Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP cadang 'elaun kesukaran' penjawat awam Sabah, S'wak

Putrajaya digesa untuk menyediakan 'elaun kesukaran' untuk penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang datang bekerja di Semenanjung Malaysia dalam belanjawan akan datang.

Teresa Kok (DAP-Seputeh), semasa perbahasan Perbekalan Tambahan 2016 (Rang Undang-undang) 2017 hari ini, berkata penjawat awam yang berasal dari kedua-dua negeri itu berdepan masa yang sukar dalam perbelanjaan sara hidup.

"Semuanya mahal, mereka perlu membayar tol tetapi mereka tidak mempunyai elaun kesukaran walaupun harga barangan dan rumah sewa di sini lebih mahal daripada di Sabah dan Sarawak," katanya.

Pada masa ini, penjawat awam yang berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dibayar elaun berkenaan antara RM500 hingga RM1,500 sebulan.

Sementara itu, Kok juga menggesa Putrajaya untuk memperuntukkan lebih banyak dana untuk penyelenggaraan Parlimen dengan membina lebih banyak lif kerana hanya satu boleh digunakan setiap kali perdana menteri hadir.

Tambahnya, tempat letak kereta juga tidak mencukupi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS