Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga mangsa culik Abu Sayyaf jalani pemeriksaan kesihatan

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai tiga orang mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina telah diselamatkan oleh Joint Task Force Sulu semasa menjalankan Full Force Military
Operations di Sulu, Filipina pada hari Ahad, 26 Mac 2017.

Mangsa-magsa tersebut, En. Fandy Bakran, En. Mohd Jumadil Rahim dan En. Mohd Ridzuan Ismail telah ditemui di Poblacion Punay, Panglima Estino, Sulu dan dihantar ke pusat perubatan tempatan bagi pemeriksaan kesihatan lanjut.

Kementerian Luar Negeri telah mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila untuk bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang ketiga-tiga mangsa tersebut.

Malaysia ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha menyelamatkan mangsa-mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : AZREEY ABU KASIM
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : [email protected]

-Bernama

Lihat Komen
ADS