Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PARLIMEN | Tiada sebarang pulangan pelaburan akan diperoleh kerajaan melalui kutipan tambang sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pembinaan rangkaian MRT adalah satu daripada rancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

"Sebagai kerajaan, kita sedar kerajaan tidak akan dapat memperoleh semula pulangan pelaburan yang dibelanjakan untuk MRT mrt melalui kutipan tambang," katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat hari ini.

Nurul Izzah sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butiran mengenai struktur dan mekanisme yang diambil bagi menentukan tambang pengguna MRT.

Sementara itu menjelaskan mekanisme penetapan kadar tambang, Nancy berkata, kerajaan meneliti pelbagai faktor sebelum membuat keputusan mengenainya berdasarkan aspek adil dan berdaya saing.

Ia, katanya, bagi memastikan pengguna berkemampuan menggunakan sistem pengangkutan awam berkenaan dan pada masa sama, pengendali mampu menyediakan perkhidmatan yang berkesan.

"Sebelum ini struktur kadar tambang semua perkhidmatan rel dalam bandar berbeza-beza dengan masing-masing mengikut perjanjian konsensi menjadikan ia mempunyai kelemahan.

"Oleh itu, kerajaan membuat penstrukturan semula kadar tambang rel bandar pada akhir 2015," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS