Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'DAP perlu berlembut demi menangi hati Melayu'

DAP perlu 'berlembut' dalam pendiriannya mengenai kesaksamaan jika serius bergandingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk meraih sokongan pengundi Melayu, kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau yang merupakan ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, jika tidak, BERSATU akan berdepan jalan yang sukar untuk mempengaruhi pengundi Melayu agar memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) secara rasminya mempunyai kedudukan yang sama, jelas beliau, ramai pengundi Melayu melihat DAP sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.

"Pada pandangan saya, DAP harus 'berlembut' dalam pendirian mengenai perkara ini jika serius tentang bekerjasama dengan BERSATU. Jika masih kekal begitu, sukar untuk pembangkang untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hubungan antara DAP dan BERSATU selepas Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan mengenai pakatan pembangkang berteraskan Melayu.

Semalam, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, tidak timbul soal siapa yang mengepalai HARAPAN seperti mana yang dilaporkan sebelum ini mengenai BERSATU akan menerajui pakatan pembangkang itu.

Jelas Loke, ini kerana HARAPAN adalah gabungan politik yang mempunyai kekuatan yang sama dan tidak ada satu parti yang dominan.

"Dalam HARAPAN, tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar.

"Dalam HARAPAN, kita memainkan peranan yang sama rata dan dalam HARAPAN kita adalah gabungan politik yang mempunyai parti-parti yang mempunyai kekuatan yang sama, kita tidak ada satu parti yang dominan dalam HARAPAN dan itu perbezaan ketara antara HARAPAN dengan BN," kata Loke di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, beliau percaya Muhyiddin cuba untuk mengurangkan kebimbangan Melayu tentang penguasaan DAP dalam pembangkang.

"Sementara membantah idea-idea Muhyiddin, mereka perlu sedar bahawa mungkin berlaku percanggahan dengan objektif HARAPAN untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

"Kemudian BN khususnya Umno akan berkata, 'Lihat, HARAPAN diketuai oleh DAP, tidak dipimpin oleh parti Melayu. Sedangkan Umno dalam BN yang diketuai oleh parti Melayu.

"Justeru, ia mewujudkan kebimbangan di kalangan orang Melayu yang mungkin mahu mencuba untuk HARAPAN.

"Jika bantah, ia akan mewujudkan keadaan di mana BN akan mengatakan ia adalah benar, HARAPAN diketuai oleh DAP dan inilah yang DAP katakan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Asia, Universiti Tasmania, James Chin pula berkata, kenyataan seperti itu daripada DAP dan Bersatu mungkin akan berterusan kerana kedua-dua parti cuba merayu kepada asas sokongan masing-masing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS