Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Secara purata, 20 orang maut setiap hari di jalan raya'
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 6:45 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut dicatatkan sepanjang tahun lepas mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff.

Beliau berkata daripada jumlah purata itu, 12 orang merupakan penunggang atau pembonceng motosikal.

"Ini menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kadar kematian terbesar di atas jalan raya tahun lepas dengan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 4,485 orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Petron Malaysia peringkat negeri, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia Refining and Marketing Berhad Lokman Hani.

Mengulas lanjut, Roslan berkata berdasarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 82 peratus kemalangan maut itu berlaku disebabkan faktor kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berdisiplin termasuk mematuhi had laju ditetapkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS