Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP DAP gesa kerajaan tubuh tabung bantu pesakit kanser

Kerajaan digesa segera menubuhkan Tabung Dana Ubat Kanser Negara bagi membantu pesakit kanser di Malaysia untuk menampung kos ubat-ubatan yang semakin mahal.

Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, ini kerana terdapat keluarga pesakit kanser yang terpaksa mengambil jalan keluar dengan menjual rumah dan barang kemas mereka bagi membeli ubat-ubatan.

Kata Charles, tabung tersebut boleh diwujudkan dengan mengambil contoh projek UK Cancer Drug Fund (CDF).

"Sejak penubuhan CDF pada April 2011, sekurang-kurangnya 95,000 pesakit kanser telah diberikan ubat yang berpatutan.

"Oleh itu, peruntukan ini di bawah program Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan telah diperluaskan kepada £340 juta bagi tahun ini daripada £ 200 juta setiap tahun sejak enam tahun lalu," kata Charles dalam kenyataannya di Parlimen hari ini.

Menurut Charles, beliau telah membangkitkan isu tersebut beberapa kali di dewan rakyat semasa perbahasannya namun masih belum ada sebarang tindakan diambil.

Tegasnya lagi, perkara ini jelas bahawa campur tangan kerajaan adalah penting untuk menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai pesakit kanser.

Lihat Komen
ADS