Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno bergelar Datuk didakwa atas tuduhan dadah
Diterbitkan:  Mar 28, 2017 8:43 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Naib Ketua Umno bahagian Bakri, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberikan dadah jenis methamphetamine ke atas diri sendiri, pada Ogos tahun lepas.

Mohamed Mustafa, 57, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(b) dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS