Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ular sawa 4 meter telan pekebun
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 4:17 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

GLOBAL l Seorang pekebun yang dilaporkan hilang ditemui mati di dalam perut ular sawa sepanjang empat meter panjang di wilayah Sulawesi, Barat Indonesia, lapor media hari ini.

Penduduk di daerah Karossa menangkap ular itu pada Isnin lalu ketika mereka sedang mencari Akbar, yang tidak pulang ke rumah selepas mengait buah kelapa sawit di ladang berhampiran hari sebelumnya, lapor akhbar Kompas.

Apabila penduduk membelah perut ular itu, mereka menemui jasad Akbar, 25 yang berpakaian lengkap, kata laporan itu.

"Mungkin dia diserang dari belakang," kata Satriawan yang dipetik oleh laman web Tribunnews.

- dpa

Lihat Komen
ADS