Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim sebahagian dari masalah DAP, kata Rahman
Diterbitkan:  Mar 29, 2017 5:17 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

DAP tidak pernah berjaya mengalahkan BN semasa pilihan raya umum dan oleh itu pemimpinnya Lim Kit Siang tidak layak mengajar sesiapa mengenai "strategi", kata Ketua Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mengulangi gesaannya agar ketua karlimen DAP itu bersara daripada politik, Abdul Rahman berkata adalah perkara biasa bagi pemimpin politik berbuat demikian apabila melalui kekalahan pertama mereka.

Beliau berkata Lim, yang berada dalam politik sejak 51 tahun lalu, perlu sedar bahawa dia adalah sebahagian daripada "masalah" DAP.

"Strategi' Lim, jika ada, telah gagal teruk. Bagaimana nak belajar strategi dari dia?

"Oleh kerana Lim gagal mengalahkan BN dalam setiap kali pilihan raya umum, mungkin dia perlu sedar dia bukan sebahagian daripada penyelesaian. Dia adalah sebahagian daripada masalah!" katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Abdul Rahman mengulas kenyataan akhbar Lim awal hari ini yang mengkritik peranannya sebagai pengarah komunikasi strategik BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS