Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Jong-nam: PM jamin terus pantau, maklumkan
Diterbitkan:  Mar 30, 2017 11:17 AM
Dikemaskini: 3:20 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan beliau akan tetap memantau dan memberikan maklumat terkini tentang situasi warga Malaysia di Korea Utara dan kes bunuh Kim Jong-nam malah semasa beliau melakukan lawatan rasmi lima hari ke India bermula hari ini.

"Dalam dunia moden kini, anda tidak perlu secara fizikal (berada) di sini. Saya akan berikan arahan malah semasa saya berada dalam pesawat.

"Mereka (pihak berkuasa) tahu bagaimana untuk menghubungi saya 24 jam kerana saya boleh dihubungi pada bila-bila masa. Saya telah berikan garis panduan, arahan yang perlu, dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

"Kami prihatin mengenai mereka (warga Malaysia di Korea Utara). Mereka menjalani kehidupan seperti biasa di sana. Tetapi mereka ini (rakyat Malaysia diculik kumpulan militan Abu Sayyaf) adalah berbeza, (mereka) didera secara fizikal dan mental selama lapan bulan.

"Bayangkan.., mereka nyaris dipenggal. Jadi mereka telah melalui pengalaman ngeri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf di kediamannya di Taman Duta, hari ini.

Perdana menteri ditanya tentang situasi terkini berhubung warganegara Malaysia -- tiga diplomat dan enam anggota keluarga di Pyongyang, dan sama ada media boleh mendapatkan maklumat terkini jika beliau tiada di dalam negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS