Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR mahu Ku Nan tumpukan isu rakyat
Diterbitkan:  Mar 30, 2017 3:30 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar memberikan tumpuan terhadap isu-isu rakyat di bandar khususnya masalah golongan rakyat tidak berumah dan membasmi kemiskinan.

"Kenyataan Tengku Adnan agar rakyat perlu berbangga kerana mempunyai pemimpin seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup mendengar kehendak rakyat jelas tindakan terdesak yang dilihat untuk 'menjilat' kerajaan Umno, BN.

"Pemimpin Umno, BN jangan fikir rakyat Malaysia ketika ini bodoh kerana mereka sememangnya telah celik dengan segala kebobrokan, penipuan dan penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tengku Adnan yang popular dengan gelaran Ku Nan kononnya rakyat negara ini tidak sedar pelbagai usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk keselesaan mereka.

Tambahnya, kerajaan Umno, BN jelas tidak mementingkan rakyat sebaliknya lebih mementingkan kroni dan memenuhkan kantung poket sendiri berbanding memberikan keselesaan kepada rakyat.

Ia terbukti seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mana rakyat menolaknya tetapi tetap tidak diendahkan oleh Najib, katanya.

"Adakah itu dinamakan Najib mendengar keluhan rakyat," tanya Tan.

Penipuan demi penipuan Umno, BN sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan Umno BN ada penipu dan ada yang kena, jelasnya.

Sebagai contoh, jelas Tan, penipuan terbesar oleh perdana menteri yang bukan hanya diketahui di Malaysia sahaja malah serata dunia seperti skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Selain itu terdapat juga isu Felda, MARA, Tabung Haji dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh pemimpin Umno, BN," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS