Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Individu cuba rasuah Sultan Johor serah diri

Individu yang dikaitkan dengan cubaan merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran, menyerah diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi beberapa jam selepas beliau mengeluarkan amaran serah diri terhadap lelaki berumur 54 tahun itu.

"Siasatan sedang dijalankan," kata Azam.

Azam ketika ditemui pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di Putrajaya memberitahu, SPRM memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor itu untuk menyerah diri.

Media yang berkumpul di pekarangan ibu pejabat SPRM itu tidak dapat melihat kelibat lelaki berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu menyerah diri bersendirian dan tidak ditemani peguam.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran "Tan Sri" daripada Yang di-Pertuan Agong.

- Bernama

Lihat Komen
ADS