Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua polis Kelantan meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 2, 2017 5:46 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan Supt Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata, Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang tadi.

"Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS