Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Azmin arah batal roboh sekolah anak Rohingya
Diterbitkan:  Apr 3, 2017 11:34 PM
Dikemaskini: 3:45 PM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata kerajaan negeri telah mengarahkan keputusan merobohkan sekolah kanak-kanak Rohingya yang dibina di atas tanah kerajaan negeri, dibatalkan.

Azmin berkata, keputusan itu dibuat atas faktor kemanusiaan selepas NGO Serantau Islam mengutarakan masalah mereka semalam.

"Kita telah mengambil ketetapan supaya notis yang dikeluarkan pejabat daerah kepada learning center anak-anak Rohingya ini ditarik semula.

"Ini untuk memastikan pejabat daerah dan Majlis Perbandaran Subang Jaya dapat mengenal pasti premis lain yang tidak digunakan dan bersesuaian bagi tujuan pendidikan anak-anak Rohingya ini supaya kita dapat tempatkan mereka di tempat yang lebih sesuai," ujarnya.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, anak-anak pelarian Rohingya yang berada di negara ini memerlukan akses kepada pendidikan.

Sementara itu, Pengerusi Serantau Muslim, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mengucapkan terima kasih kepada Azmin kerana memberikan maklum balas segera.

"Kami berterima kasih atas keprihatinan kerajaan Selangor mengenai isu itu.

"Mudah-mudahan, hal-hal seperti itu (perobohan) tidak akan diulangi dan boleh ditangani dengan baik," katanya.

Semalam, pelajar Rohingya yang berpakaian seragam sekolah, mengadakan bantahan terhadap tindakan untuk merobohkan sekolah mereka.

Raja Ahmad mengakui sekolah itu dibina secara haram di atas tanah kerajaan tetapi meminta kelonggaran kerajaan negeri demi kepentingan kanak-kanak terbabit.

 

Lihat Komen
ADS