Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mustapa: Tanpa GST, M'sia mungkin hadapi masalah serius
Diterbitkan:  Apr 6, 2017 9:35 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata Malaysia mungkin telah menghadapi masalah yang serius jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dilaksanakan.

Tanpa GST, katanya, Malaysia berkemungkinan berdepan dengan masalah yang serius.

"Harga minyak dan gas (global) telah turun. Pendapatan kita daripada minyak telah turun secara drastik.

"Perdana menteri kami telah berkata bahawa GST telah menyelamatkan kami daripada situasi fiskal yang sangat mencabar.

"Tetapi orang tidak sukakannya. Kesedaran dan pendidikan awam (mengenai GST) adalah sukar tetapi sangat penting," kata Mustapa dalam temu bual dengan lamanweb berita perniagaan India, Business Standard.

Beliau berkata hasil kerajaan telah meningkat dengan ketara sejak pelaksanaan GST dan ia telah mengajar usahawan untuk lebih berdisiplin dalam mengekalkan akaun yang sepatutnya.

Sebelum GST, katanya, ramai dalam ekonomi "informal or black" tidak membayar cukai.

"Namun, sesetengah orang menyalahkan segala-galanya ke atas GST," katanya.

GST menjadi tidak popular di kalangan orang ramai, katanya, kerana sesetengah perniagaan mengambil kesempatan daripada cukai untuk menaikkan harga barangan mereka.

Bagaimanapun, kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah anti-pencatutan untuk menghentikan amalan tersebut, katanya.

"Orang ramai mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan daripada sistem tersebut.

"(Dengan GST) terdapat risiko inflasi tetapi hanya 'one-off'," kata Mustapa.

Beliau juga mengakui bahawa kerajaan BN mungkin kehilangan beberapa "modal politik" sejak pelaksanaan GST tetapi berkata, ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan dalam jangka masa panjang.

"Perdana menteri kami adalah seorang yang berani. Kita boleh menjadi populis - dengan tidak mengambil jalan ini, tetapi kita melakukan perkara yang betul untuk jangka masa panjang," katanya.

GST mula dilaksanakan pada April 2015 dan telah menjadi tidak popular dengan rakyat kerana ramai melihatnya sebagai menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS