Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilikan harta: Azmin sedia disiasat SPRM
Diterbitkan:  Apr 7, 2017 3:30 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.

Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.

"Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu menyiasat semula). Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita
selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.

Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS