Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kesilapan garis panduan, Teng tawar letak jawatan

Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memohon maaf dan menawarkan kesediaanya meletakkan jawatan berhubung kesilapan Garis Panduan Manual Selangor dan Piawaian Perancangan negeri Selangor yang dikatakan menyekat tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Teng berkata beliau akan meminta mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri pada Rabu nanti untuk menangguhkan perkara itu.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Teng berkata beliau telah mengesan beberapa kesilapan sebelum ini dan mengarahkan supaya ia dipinda.

"Laporan yang saya terima kemudian menyatakan bahawa ini telah dipinda. Berdasarkan laporan itu, saya tidak semak semula. Saya percaya bahawa permohonan pindaan berhubung tempat ibadat bukan Islam telah dikaji semula.

"Oleh itu, saya memohon maaf atas kesilapan tidak menyemak semula manual itu sebelum membentangkannya kepada majlis mesyuarat kerajaan negeri...

"Saya mengakui kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya. Jika kamu rasa saya melakukan kesilapan dan perlu meletakkan jawatan, saya akan berbuat demikian, jika ia begitu serius," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS