Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Siasat firma M'sia salurkan dana Korea Utara

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Nur Jazlan Moha­med berkata, suatu siasatan hendaklah dimulakan berhubung dakwaan seorang eksekutif konglomerat Malaysia menyalurkan dana kepada Korea Utara.

"Kita tidak boleh membenarkan sistem kewangan tempatan disalah gunakan oleh penjenayah atau negara penyangak," katanya kepada Malaysiakini.

Reuters hari ini memetik penderhaka Korea Utara sebagai berkata, sejak dua dekad yang lalu, Han Hun Il yang dilahirkan di Korea Utara dan merupakan pengasas serta ketua eksekutif Malaysia Korea Partners (MKP) menyalurkan dana kepada parti pemerintah Pyongyang.

Jelas Nur Jazlan, dakwaan seperti itu boleh membahayakan keselamatan negara.

"Ia boleh mendedahkan kita kepada sekatan PBB dan negara. Ia juga boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara-negara berkaitan mengenai isu Korea Utara.

"Semua memberi kesan ke atas keselamatan negara dan perjanjian kerjasama semasa mengenai undang-undang dua hala atau global serta penguat kuasaan kewangan," kata beliau lagi.

Dalam laporan Reuters, Lee Chol Ho - peniaga yang sebelum ini bekerja untuk Han - mendakwa pegawai berpangkat tinggi dari Pyongyang datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Han pada setiap tahun.

Para pegawai berkenaan didakwa mengarahkan Han untuk menghantar sejumlah wang ke Korea Utara melalui bank-bank di Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS