Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kapal AS singgah di M'sia untuk latihan ketenteraan

Kapal tentera laut Amerika Syarikat (USNS) Fall River tiba di Malaysia sebagai sebahagian daripada latihan perkongsian Pasifik 2017.

Langkah tersebut adalah misi persediaan bantuan kemanusiaan dan bencana pelbagai hala tahunan di rantau Pasifik Indo-Asia.

Latihan tahun ini adalah misi ke-12 dan kerjasama ketenteraan antara Amerika Syarikat, Malaysia, Australia, Korea Selatan dan Jepun dengan tumpuan kepada latihan bagi menghadapi bencana alam.

USNS Fall River singgah buat pertama kali di Sri Lanka dan kini sedang di Pusat Cruise Boustead, Port Klang sebelum berhenti seketika di Kuching, Sarawak sebelum menuju ke Kuantan, Pahang.

Ekspedisi itu akan membuat perhentian terakhir di Vietnam sebelum kembali ke Singapura, kata Pegawai Hal Ehwal Awam Tentera Laut Amerika Syarikat, Leftenan Emily Wilkin kepada wakil media, hari ini.

Para pengamal media, sebelum itu, dibawa melawat kapal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS