Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
IKHLAS kumpul tanda tangan, pertahan Ampang Park

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) kini dalam usaha mengumpul 30,000 tandatangan bagi membantah perobohan pusat beli belah Ampang Park untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung bulan ini.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga kini pihaknya sudah berjaya mengumpul sebanyak 12,300 tandatangan penduduk Titiwangsa dalam usaha menyelamatkan pusat membeli belah itu.

“Kenapa Ampang Park perlu diroboh, sedangkan pembinaan MRT tak jejaskan bangunan. Sehingga kini pihak kami dalam usaha kumpul tandatangan.

“Kami akan serahkan tanda tangan penduduk kawasan Titiwangsa ini kepada perdana menteri bagi campur tangan dalam kes Ampang Park ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Ridzuan yang mendakwa beliau mewakili pemilik strata kompleks itu berkata hanya Najib yang dapat membantu untuk menarik balik penguatkuasaan Akta Pengambilan Tanah terhadap kompleks berkenaan.

Ridzuan sebelum itu sempat menyerahkan memorandum bantahan yang mengandungi lebih 12,000 tanda tangan pengundi kawasan Parlimen Titiwangsa yang menolak perancangan merobohkan Ampang Park di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.

Katanya, ia bagi mendesak menteri kewangan kedua merangkap anggota parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani untuk turut campur tangan dalam menyelesaikan isu itu.

Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Azizulrahman Mohd Hussain bagi pihak Johari.

“Kalau Johari gagal selesaikan tentu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dia tidak menang kerana sebelum ini hanya majoriti 866 undi sahaja.

“MP kena kaji perkara ini dan jika tidak dapat diselesaikan pengundi tak akan undi beliau,” katanya.

Baru-baru ini, mahkamah rayuan menolak permohonan yang dikemukakanoleh 39 pemilik strata dan penyewa pusat beli-belah Ampang Park berhubung pengambilan tanah bagi projek MRT2.

Lihat Komen
ADS