Paling Popular
Terkini

Sempena sambutan bagi memperingati penubuhan Umno, parti itu menawarkan lebih banyak hadiah kepada orang ramai, termasuk sebuah Proton Perdana dan 10 basikal.

Umno meraikan sambutan ke-71 tahun parti itu di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Hadiah berkenaan adalah untuk cabutan bertuah yang terbuka kepada anggota parti - baru dan lama - jika mereka sudah mendaftar sebagai pengundi pada hari berkenaan.

Hadiah berkenaan diumum Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, mereka yang berminat mesti mendaftar untuk hadir ke majlis sambutan itu selewat-lewatnya 10 Mei.

Turut ditawarkan hadiah wang tunai bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000 serta tablet bagi pemenang peraduan menulis karangan bertajuk Tujuh Dekad Berjuang Bangsa.

Hadiah sama turut ditawarkan untuk pertandingan video pendek.

Untuk menjamin proses berkenaan berlangsung secara telus, Umno melantik satu badan audit antarabangsa untuk mengendalikannya.

Katanya, berlaku pertambahan ahli baru-baru ini dengan 3,000 orang memohon untuk menyertai Umno dua minggu lalu.

"Kebanyakan mereka kata, mereka sayangkan perjuangan Umno," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS