Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pauline Hanson gesa beli telur 'tidak-halal' Easter
Diterbitkan:  Apr 11, 2017 5:06 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

GLOBAL l Pemimpin pelampau berhaluan kanan Australia, Pauline Hanson, yang sebelum ini mahu menyekat kemasukan migran Islam ke negara itu, meminta penyokongnya untuk membeli telur Easter 'tidak-halal' dan mengelakkan jenama yang menawarkan produk halal, seperti Cadbury.

Pemimpin parti One Nation itu membuat gesaan berkenaan menerusi sebuah video yang disiarkan di media sosial sebagai ‘panduan berguna Esater’.

"Easter adalah waktu istimewa untuk orang ramai dan keluarga mereka tetapi kita lihat produk di luar sana yang sebenarnya disahkan halal, coklat Cadbury misalnya, disahkan halal," kata Hanson dalam video.

"Beli telur Easter dan coklat tidak halal dan bergembira pada hari Easter," katanya.

Hanson juga mempromosikan coklat Easter keluaran Lindt dan Darrell Lea, sebuah syarikat konfeksi Australia, memandangkan produk kedua-dua syarikat itu disahkan 'tidak halal.

Pemilik Cadbury Australia, Mondelez International, berkata, firma itu berbangga untuk mengeluarkan produk untuk pelanggan yang ingin coklat yang disahkan halal.

"Kami amat berbangga untuk membuat coklat untuk memenuhi pelbagai jenis peminat coklat, dan pensijilan halal membantu kami berbuat demikian," kata jurucakapnya kepada Associated Press Australia.

Cadbury Australia menyenaraikan produk seperti Telur Mini dan barangan bermusim lain yang disahkan halal.

Parti One Nation yang diterajui Hanson memiliki empat kerusi di Dewan Senat Australia.

Dasarnya, termasuk mengharamkan pembinaan masjid dan sekolah agama, memasang CCTV di semua masjid dan sekolah agama serta mengharamkan wanita daripada memakai burqa di khalayak ramai.

Ahli politik rasis dan pelampau itu sebelum ini pernah berhujah bahawa membeli produk yang disahkan halal, bersamaan dengan menyokong "proses Islamisasi di Australia".

Menurut data banci, kira-kira 2.2 peratus daripada penduduk 24 juta Australia terdiri daripada umat Islam.

- dpa

Lihat Komen
ADS