Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis anti-Zakir perlu masa teliti permohonan Ibrahim Ali

Sekumpulan aktivis yang cuba menghalang kegiatan penceramah Zakir Naik di negara ini memerlukan lebih masa bagi mempertimbangkan sama ada akan membenarkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mencelah dalam kes itu.

Peguam mereka memberitahu perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hanipah Farikullah dalam kamar semasa pengurusan kes itu hari ini.

“Kami perlu lebih arahan sama ada mahu membantah permohonan Ibrahim,” kata Karthigesan.

Peguam Ibrahim, Adnan Seman, pula memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 2 Mei ini untuk pengurusan kes, yang kemungkinan akan mendengar keputusan plaintif.

Adnan berkata, defendan tidak mempunyai sebarang bantahan dan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah.

Ibrahim memfailkan permohonan pada 14 Mac lalu untuk mencelah dalam permohonan plaintif, yang antaranya mahu perintah tangkapan dan pengusiran dibuat terhadap Zakir.

Ibrahim dalam permohonannya berkata beliau mempunyai locus standi sebagai presiden sebuah persatuan yang mempunyai hampir 700,000 anggota, yang majoritinya beragama Islam.

Saman itu difailkan oleh 19 orang, termasuk bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy, bekas ahli ekonomi Bank Dunia Lim Teck Ghee, peguam lantang Siti Kasim dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Jeffrey Kitingan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS