Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Datuk Seri, anak direman bantu siasatan skandal tanah

Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di Georgetown hari ini bagi membantu siasatan skandal tanah yang
melibatkan yayasan itu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 74 dan 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua beranak itu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM, tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.50 pagi dan dilihat keluar dari bangunan reman pada jam 12 tengah hari.

Penasihat dan anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM negeri dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Menurut kenyataan SPRM sebelum ini, kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

Selain itu, perbuatan kedua-dua beranak itu juga dipercayai telah
mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri itu sejak beberapa tahun lepas. -Bernama

Lihat Komen
ADS