Adakah Mahathir punya ilmu tilik?

   

Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa luar biasa sehingga dapat meramalkan kejatuhan Datuk Seri Najib Razak?

Itu persoalan dibangkitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mengenai kenyataan bekas perdana menteri itu kepada stesen televisyen Bloomberg.

"Dr Mahathir kata Najib akan jatuh pada pilihan raya umum akan datang. Adakah ini berdasarkan kepada kajian saintifik seperti pungutan suara atau sekadar ilmu tilikan?" katanya melalui blog beliau hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir meramalkan pemerintahan enam dekad BN mungkin menghampiri penghujungnya berdasarkan kepada sentimen akar umbi yang kuat menyokong pembangkang.

"Semua orang yang anda temui hari ini, sesiapa saja, tiada seorang pun bercakap hal-hal yang baik mengenai kerajaan, terutamanya bagi Najib," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Kata Salleh, realiti ketika ini ialah parti pembangkang bercelaru dan tidak mampu memberikan pilihan kepada kerajaan sedia ada.

Apa yang dimahukan pengundi, kata bekas ketua menteri Sabah itu, ialah kestabilan politik dan ekonomi.

"Dan ini yang ditawarkan kerasaan sekarang," katanya.

Tuduhan yang direka-reka terhadap perdana menteri juga, kata Salleh, tidak dapat mempengaruhi rakyat untuk menolak beliau.

"Kita akan melihat bagaimana Tony Pua (anggota parlimen Petaling Jaya Utara) yang juga anggota PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) mempertahankan dakwaan terbarunya di mahkamah.

"Itu akan menentukan sama ada semua dakwaan itu benar atau tidak," kata Salleh.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda