Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Peguam bagi penumpang yang diseret keluar dari pesawat United Airlines di Chicago memfailkan permohonan tergempar di mahkamah negeri Illinois semalam untuk menghendaki syarikat penerbangan itu memelihara rakaman video dan bukti lain yang berkaitan dengan kejadian itu.

Memetik risiko "prejudis yang serius" terhadap pelanggan mereka, Dr David Dao, peguam tersebut mahu United dan City of Chicago, yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, untuk memelihara video pengawasan itu, rakaman suara kokpit, senarai penumpang dan anak kapal, serta lain-lain bahan-bahan yang berkaitan dengan Penerbangan United 3411.

Jabatan Penerbangan Chicago berkata semalam bahawa dua lagi pegawai dicutikan berkaitan dengan insiden pada 9 April itu, di mana pegawai keselamatan lapangan terbang itu menyeret Dao dari tempat duduknya di atas pesawat United untuk ke Louisville, Kentucky. Seorang pegawai telah dicutikan pada hari Selasa.

Paul Callan, seorang peguam perbicaraan sivil dan jenayah di New York, berkata bantahan orang ramai berhubung layanan terhadap Dao itu berkemungkinan akan mendorong syarikat penerbangan itu membuat penyelesaian segera dan lumayan

Ketua eksekutif United, Oscar Munoz pada hari Rabu memohon maaf kepada Dao, keluarganya dan pelanggan United dalam satu temu bual dengan ABC News, dengan berkata syarikat itu tidak lagi akan menggunakan pegawai penguatkuasa untuk mengeluarkan penumpang dari pesawat yang terlebih tempahan.

"Ini tidak boleh, (dan) tidak akan berlaku lagi," katanya.

Munoz berdepan tekanan untuk membendung publisiti buruk dan gesaan memboikot United ekoran video rakaman mengenai layanan kasar terhadap Dao oleh syarikat itu dan kakitangan keselamatan.

Dao dikeluar dari pesawat itu untuk memberi ruang kepada krew tambahan pesawat itu, kata United.

Sehingga hari Selasa, kata peguamnya, Dao masih di hospital Chicago untuk rawatan bagi kecederaan yang dialaminya.

Semalam, United berkata ia akan membayar pampasan kepada semua penumpang dalam penerbangan itu bagi kos tiket mereka.

Munoz berkata United akan meneliti cara untuk memberi pampasan kepada penumpang yang secara sukarela menyerahkan tempat duduk bila berlaku terlebih tempahan, sambil menambah ia tidak akan meminta penumpang menyerahkan tempat duduk.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan sebagai satu tindakan "dahsyat" apabila Dao diseret keluar dari pesawat itu, demikian menurut satu temu bual dari Wall Street Journal. Baca berita penuh]

- Reuters

 

Lihat Komen
ADS