Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
EAIC: Pendengaran awam siasat kematian Balamurugan dalam tahanan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengadakan pendengaran awam untuk menyiasat kematian S Balamurugan dalam tahanan, kata Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Yaacob Md Sam.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat pada hari Khamis, dan pendengaran itu akan diadakan pada akhir bulan Mei.

"Kita sudah tetap beberapa tarikh bagi pendengaran iru, dan kita akan mengumumkannya," katanya ketika ditemui majlis Malam Apresiasi Media 2017 di ibunegara malam tadi.

Balamurugan, 44, ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Februari.

Peguam keluarganya Gerard Lazarus mendakwa bahawa ini walaupun ada arahan ajistret supaya Balamurugan dibebaskan atau dibawa ke hospital kerana pendarahan yang teruk di mukanya.

Beliau mendakwa bahawa seorang inspektor polis memberitahunya bahawa terdapat arahan untuk tidak mematuhi arahan majistret itu.

EAIC telah mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menyiasat kes kematian Balamurugan itu.

Polis juga menyiasat kes itu di bawah Seksyen 345 Kanun Keseksaan, yang berkaitan pengurungan salah orang yang mana writ untuk pembebasannya telah dikeluarkan.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS