Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik berpendapat, sekiranya terdapat dua parti politik dalam kalangan muslim bekerjasama dengan pemimpin bukan Islam, umat Islam harus memilih pemimpin yang kurang memudaratkan.

Dr Zakir turut menasihatkan agar masyarakat Islam memilih pemimpin parti politik yang melaksanakan prinsip al-Quran dan sunnah sekiranya terdapat dua parti politik yang dipimpin oleh orang Islam.

"Jika anda mendapati kedua-dua (pemimpin) Muslim itu melakukan kesalahan (tetapi bekerjasama dengan orang bukan Islam), anda pilih yang kurang memudaratkan.

"Di dalam al-Quran juga ada menyebut tentang orang yang beriman dan tidak beriman. Jika dua orang beriman sedang berbalah, anda pilih orang beriman yang lebih dekat dengan al-Quran dan sunnah," katanya semasa berucap di Ijtimak 150 Cendekiawan Islam Malaysia bersama Dr Zakir Naik di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan salah seorang peserta yang bertanya tentang dilema rakyat di negara ini untuk memilih pemimpin dalam kalangan masyarakat majmuk.

Peserta berkenaan bertanya pemimpin mana yang patut dipilih apabila terdapat dua parti politik bekerjasama dengan orang bukan Islam, tetapi salah satu politik tersebut melakukan pelbagai perkara buruk termasuk amalan rasuah.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS