Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Seorang pakar undang-undang berkata, hakim mahkamah sivil dan syariah di negara ini seolah-olah lupa bahawa bidang kuasa mereka adalah terhad oleh Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata keadaan itu menyebabkan mahkamah syariah bertindak seolah-olah mereka kebal daripada mahkamah sivil.

Memetik Artikel 121(1A), Shad berkata ia menyatakan mahkamah syariah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil hanya bagi "apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah".

"Tetapi ramai hakim mahkamah syariah dan sivil terlupa perkataan 'perkara-perkara dalam bidang kuasa mereka' itu.

"Ini bermakna mahkamah syariah telah menjadi terkecuali sama sekali daripada bidang kuasa undang-undang sivil.

"Itu bukan apa yang ingin dimaksudkan oleh undang-undang berkenaan," katanya pada majlis syarahan di Universiti Malaya, Petaling Jaya semalam.

Mengikut peruntukan berkenaan, perlembagaan menyatakan, mahkamah sivil tidak mempunyai hak membuat keputusan berkaitan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Mengikut perlembagaan, kata Shad, mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas 24 perkara berkaitan undang-undang keluarga Islam, dan satu perkara jenayah membabitkan seseorang penganut Islam melakukan tindakan "bercanggah dengan rukun-rukun Islam".

Pensyarah UM itu juga berpendapat, hanya kerana mahkamah syariah dikecualikan daripada semakan kehakiman sivil dalam beberapa perkara, ia tidak menjadikan badan itu setanding dengan mahkamah sivil.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS