Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penyelesaian 1MDB-IPIC mungkin jejaskan kes DOJ?
Diterbitkan:  Apr 21, 2017 3:14 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Tindakan undang-undang Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dengan 1MDB dilaporkan kini terumbang-ambing.

Ini berikutan perbincangan firma pelaburan negara itu yang mungkin mencapai penyelesaian dengan firma pelaburan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Akhbar The Straits Times, Singapura yang melaporkan penyelesaian berkenaan memetik pakar sebagai berkata, jika berlaku, ini boleh melemahkan tindakan undang-undang diambil DOJ dan menyebabkan berlaku "no predicate offence"

Istilah undang-undang itu merujuk kepada satu kesalahan yang adalah sebahagian daripada jenayah lebih besar, dan sering digunakan di Amerika Syarikat untuk tindakan yang melibatkan pengubahan wang haram.

Perjanjian itu adalah bagi Malaysia membayar IPIC sebanyak AS$1.2 bilion bagi menyelamatkan 1MDB, termasuk faedah, dan untuk meneruskan rundingan mengenai cara penyelesaian hutang AS$3.5 bilion yang terhutang kepada IPIC.

Jumlah hutang berkenaan termasuk bayaran yang sepatutnya dibuat oleh 1MDB kepada IPIC tetapi sebaliknya disalurkan kepada syarikat palsu yang mempunyai nama yang hampir sama dengan anak syarikat IPIC ini.

1MDB dan IPIC dilaporkan mempunyai hingga 2020 untuk menyelesaikan pertikaian itu.

Saman sivil pelucuthakan itu difailkan DOJ berikutan dakwaan lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB telah diselewengkan.

Dana itu didakwa disalurkan kepada beberapa individu termasuk anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz dan seorang individu yang dirujuk sebagai "Malaysian Official 1".

Setakat ini, ini DOJ telah memfailkan 16 saman untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion, yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan.

Berdasarkan pemfailan DOJ, enam daripada 16 saman itu adalah berkaitan dengan aset yang dibeli dengan dana didakwa diselewengkan daripada dua bon berjumlah AS$3.5 bilion. IPIC merupakan penjamin bagi dua bon tersebut.

Walau bagaimanapun, tiga daripada aset berkenaan - Hillcrest 1 di Beverly Hills; Kondominium Park Laurel di New York dan aset berkaitan filem Wolf of Wall Street - juga dikaitkan dengan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan dari usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI).

Dua daripada aset berkenaan, kali pertama didakwa dibeli oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menggunakan sebahagian daripada dana AS$1.03 bilion yang diselewengkan dari projek usaha PSI dengan syarikatnya Good Star Ltd pada tahun 2010.

Ia kemudiannya dibeli oleh Riza pada tahun 2012, juga dengan menggunakan dana yang didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Bagi Wolf of Wall Street, filem itu dan syarikat penerbitan Red Granite Filem didakwa menerima AS$10.17 juta daripada dana Good Star yang didakwa diselewengkan pada tahun 2011, dan suntikan sebanyak AS$64 juta lagi daripada Riza pada tahun 2012.

Adalah tidak jelas bagaimana ketiga-tiga kes berkenaan mungkin terjejas dengan penyelesaian 1MDB-IPIC.

Malaysiakini telah menghubungi DOJ untuk mendapatkan penjelasan mengenai kesan penyelesaian itu terhadap tindakan undang-undang mereka itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS