Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: Melaka Gateway bukan projek tambah hutang

Pembangunan Melaka Gateway bukan sebuah projek untuk menjual kedaulatan atau menambah hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Malaysia tidak akan hilang kedaulatan dengan perlaksanaan Melaka Gateway kerana projek pelabuhan itu dibina di bumi Malaysia dan berada dalam tangan negara ini sendiri.

"Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) boleh kata projek Melaka Gateway ini menyebabkan kita hilang kedaulatan dan menambah hutang negara. Sejak bila pelaburan dari luar negara menyebabkan kita kehilangan kedaulatan?

"Kalau pelabur datang dari luar pun dia melabur dalam Malaysia, dia buat kilang dalam Malaysia , di bumi Malaysia. Kita boleh kawal, mana boleh hilangkan kedaulatan? Kedaulatan tetap kita pertahankan selama-lamanya," katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 10,000 penjawat awam di negeri ini.

Melaka Gateway merupakan projek inisiatif swasta merangkumi pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan yang diiktiraf sebagai projek nasional Bidang Ekonomi Utama Negara.

Antara cadangan pembangunan yang akan dilakukan di situ selain terminal penumpang kapal persiaran antarabangsa di Pulau Melaka East 1 adalah bandar komersial di Pulau Melaka East 2, terminal pukal cecair di Pulau Melaka East 3 dan terminal pelbagai guna termasuk kontena serta taman industri maritim di Pulau Melaka East 4.

Najib berkata projek berkenaan tidak akan melibatkan atau menambah hutang negara kerana ia melibatkan projek swasta dan diberikan kepada syarikat dalam negara, bukan syarikat luar.

"Tanah yang ditebus bukan mengambil tanah rakyat dan bukan ambil tanah orang kampung, tanah yang kita reclaim. Singapura reclaim jual pada orang, Dubai reclaim jual pada orang. Di Dubai tu padang pasir pun boleh jadi metropolis yang hebat di dunia. Mengapa Melaka tidak boleh dan mengapa Malaysia tak boleh?

"Projek ini untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Melaka. Tak payah dengar sangat pembangkang yang kadang-kadang tidak ada logik dengan apa yang dia cakap dan ini semua akal daripada pihak pembangkang," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS