Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merancang untuk melobi supaya harga minyak sawit dinaikkan supaya dapat memendamkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka yang bakal menjadi penentu dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Peneroka sebelum ini menimbulkan dakwaan salah urus dan mempersoalkan keputusan Felda membeli kepentingan dalam sebuah syarikat perladangan di Indonesia pada harga AS505 juta (RM2.26 bilion).

Sokongan peneroka yang majoritinya, berbangsa Melayu, bagaimanapun, adalah penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya yang mungkin diadakan pada bulan-bulan akan datang.

Najib pada Januari lalu, melantik pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi baru Felda, yang dilihat secara meluas sebagai langkah untuk memenangi semula sokongan peneroka.

"Isu utama adalah bagaimana untuk mengukuhkan harga minyak sawit pada tahap yang munasabah supaya pekebun kecil mendapat manfaat," kata Shahrir, bekas menteri persekutuan, kepada Reuters dalam satu wawancara.

"Kami akan memastikan kebajikan peneroka Felda dijaga... mereka akan terjejas jika pendapatan bulanan mereka menjadi lebih kecil," katanya.

Gaji pada 2016 menurun sebanyak lima peratus berbanding dua tahun lalu yang berada pada paras RM3,393 (AS$771,84).

Peneroka membentuk blok penyokong penting Umno dan adalah pengundi majoriti di 54 daripada 222 kawasan parlimen.

Najib hampir tidak mendapat jumlah kerusi parlimen yang mencukupi untuk kekal berkuasa pada 2013 selepas kehilangan undi popular. Justeru, kehilangan undi peneroka mungkin menumbangkannya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS