Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Bekas pemimpin' pilih kasih dalam pelaburan asing?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan sikap 'bekas pemimpin negara' yang kononnya mengamalkan pilih kasih dalam pelaburan asing.

Beliau berkata, bekas pemimpin itu - yang tidak dinamakan secara spesifik- mendakwa projek Malacca Gateway bernilai RM43 bilion adalah satu lagi projek yang menjejaskan kedaulatan negara tetapi tidak mempersoalkan pula mengenai projek pelabuhan dari syarikat-syarikat India.

Persoalan tersebut muncul selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan projek Gateway Malacca yang merupakan usaha sama antara KAJ Development Sdn Bhd milik kerajaan negeri Melaka dan PowerChina International dari China.

"Anehnya, apabila bekas pemimpin negara menimbulkan isu Gateway Malacca akan menjejaskan kedaulatan negara, pada masa yang sama, saya umumkan pelabuhan yang akan dibangunkan oleh India bersama-sama dengan MMC. Beliau tidak mempersoalkan pengumuman itu pula.

"Mengapa ada pilih kasih? Itu adalah soalan-soalan yang kita perlu tanya, kerana kebenaran harus menjadi pegangan rakyat untuk menilai apa yang baik untuk mereka, untuk masyarakat dan negara.

"Peranan wartawan yang paling penting," katanya dalam ucapan malam tadi pada majlis Anugerah Media 2017 anjuran Institut Akhbar Malaysia-Petronas Malaysia.

Mahathir sebelum ini mengkritik projek Gateway Malacca yang disiarkan South China Morning Post pada 15 April.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS