Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penerbit buku Asri taja pertandingan puisi bertema Hindu
Diterbitkan:  Apr 22, 2017 9:25 PM
Dikemaskini: 1:38 PM

Pemilik syarikat penerbit buku Matahari Books, Amir Muhammad yang pernah menerbitkan buku Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengumumkan beliau akan menaja pertandingan bagi puisi dengan tema agama Hindu.

Keputusan itu diambil selepas beliau tidak bersetuju dengan puisi kontroversi Mohd Asri di laman Facebook semalam, yang didakwa menghina masyarakat Hindu.

"Pada tahun 2010 syarikat saya Matahari Books menerbitkan sebuah buku yang berjudul "Islam in Malaysia: Perceptions and Facts" oleh DrMaza.com.

"Buku ini kini habis dicetak dan saya sebenarnya membayar royalti penulis yang terakhir bulan ini.

"Dia kadang-kadang berusaha berpuisi tetapi saya tidak suka puisi terbarunya.

"Jadi saya menghubungi Kumpulan Sasterawan Kavyan untuk bertanya jika saya boleh menaja pertandingan puisi, yang dikendalikan oleh mereka, bertemakan Hindu," kata Amir dalam Facebook.

DrMaza.com adalah laman web rasmi Mohd Asri.

Kumpulan Sasterawan Kavyan di laman webnya kemudian mengumumkan Amir telah menaja hadiah wang tunai RM1,500 untuk pertandingan itu.

Wang tunai itu akan dibahagi sama rata antara tiga atau lebih sajak yang diputuskan layak oleh juri.

Mohd Asri mempertahankan puisi ditulisnya semalam dengan menyatakan beliau merujuk kepada situasi semasa di India.

Puisi itu antara lain, menyentuh mengenai "penyembah lembu", sistem kasta dan menyatakan bahawa terdapat had kepada toleransi dan kesabaran.

Puisi itu ditulis ketika beberapa kumpulan menggesa pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India kerana dikehendaki pihak berkuasa negara itu atas kesalahan pengubahan wang haram.

NGO Hindu awal hari ini juga membuat laporan polis terhadap Mohd Asri berhubung puisi itu.

Lihat Komen
ADS